Panasnya Hari Ini

Bonus Tabung Haji, Orang Ramai Jangan Terpedaya Tomahan Pembangkang

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali menasihati orang ramai terutamanya masyarakat Islam disaran supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat dan tomahan yang dihebahkan oleh pihak pembangkang yang disifatkannya sekadar untuk meracuni fikiran rakyat.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak termaskan racun permainan persepsi pembangkang itu agar tidak timbul rasa gusar atau curiga terhadap pihak kerajaan.

Tambahnya pihak pembangkang seperti DAP, PKR dan AMANAH tidak akan menghentikan segala macam tomahan dalam usaha menggugat keyakinan rakyat terhadap segala usaha kerajaan dalam membela nasib mereka.

Situasi tersebut dibuktikan melalui tohmahan yang dilemparkan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kelemahan kepimpinan badan berkanun itu.

“Ternyata apa yang dikata Rafizi (Naib Presiden PKR) dan pembangkang hanya permainan lidah tak bertulang, pakatan haprak meracuni fikiran rakyat dan khusus umat Islam supaya curiga dan benci kepada kerajaan.

“Main cakap ikut suka dan besar-besarkan berita yang tak pasti,” katanya menerusi laman portal BNBBC.my.

Tambahnya lagi, desakan yang dibuat pihak pembangkang bertujuan mengaburi masyarakat Islam, seolah-olah kononnya pembangkang prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi rakyat.

Pembangkang juga disifatkan cuba menggambarkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan kelemahan tadbir urus dilakukan individu-individu yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan masyarakat dibebani kehidupan yang sukar.

Pengumuman bonus 5 + 3 % kepada 8.85 juta pendeposit TH jelas menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang itu sekaligus membuktikan ketelusan institusi tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");