Sukan Hari Ini

Carloni calon import keempat Penyu

Kuala Terengganu: Bekas pemain kelab Atletico Tiro Federal Argentino, Guido Carloni kini berada dalam radar pasukan Terengganu bagi mengisi kuota pemain import keempat untuk saingan Liga Super 2016.

Carloni menjadi pilihan terbaru Terengganu selepas seorang lagi pemain dari Argentina, Sergio Oscar Almiron dikhabarkan hanya akan tiba di negeri itu esok.

Bagaimanapun, Ahmad Yusoff yang juga ketua jurulatih skuad Penyu belum dapat memberi lampu hijau kepada Carloni untuk diserapkan ke dalam pasukannya.

Menurutnya, memang beliau akui pemain itu mempamerkan aksi bertenaga ketika perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur kelmarin apabila meledak satu gol.

“Dia memang menunjukkan potensi baik. Tapi kami belum buat keputusan mengenainya.

“Kami tidak mahu membuat keputusan terburu-buru sebaliknya hanya akan mengumumkan mengenai kedudukan pemain import selewat-lewatnya Rabu depan kerana tarikh akhir pendaftaran pada 14 Februari,” katanya.

Ahmad berkata, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) masih lagi menunggu kelibat Almiron.

“Kami masih menanti Almiron dan sekiranya seorang antara dua pemain itu berjaya memikat, kami akan membuat keputusan segera untuk melengkapkan satu lagi kekosongan pemain import,” katanya.

Dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang skuad Warga Kota kendalian Ismail Zakaria, skuad Penyu menang 5-2.

Selain Carloni yang meledak gol dalam perlawanan itu, Terengganu memperoleh jaringan menerusi Gustavo Lopez, Fakhrurazi Musa, Norshahrul Idlan Talaha dan Amirul Syahmi.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");