Panasnya Hari Ini

Cerita RM2.6 Bilion Versi Berbeza – Shahbudin

KUALA LUMPUR: Pada masa kini, timbul cerita versi berbeza berkaitan dengan isu derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun nama beliau telah dibersihkan oleh Peguam Negara.

Memetik catatan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin di laman blognya, shahbudindotcom.blogspot.my, beliau telah menyatakan dua cerita versi terbaharu berkaitan dengan RM2.6 bilion berkenaan.

Beliau telah mengambil contoh dua cerita iaitu kenyataan daripada Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan juga penerangan yang diberikan oleh seorang menteri kepada sekumpulan imam yang dijemput menghadiri sebuah pertemuan.

Melalui cerita yang pertama, beliau telah memetik temubual yang dilakukan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mana Annuar menyatakan bahawa derma RM2.6 bilion berkenaan bukan ‘satu jumlah yang besar’ untuk digunaakan menghadapi satu pilihanraya.

Tambahnya, Annuar juga menegaskan adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihanraya.

Jelasnya, hujah-hujah berkenaan nampak logik dan masuk akal, namun, beliau mempersoalkan apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2,030 juta daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai.

“Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya tahun 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?

“Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?” soalnya.

Sementara itu, menerusi cerita kedua pula, Shahbudin berkata, seorang menteri telah memberi penjelasan dan pengesahan kepada sekumpulan imam yang hadir dalam satu pertemuan bahawa RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib adalah daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

“Kata menteri tersebut, wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.

“Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, demikian kata salah seorang peserta yang hadir mengulangi maksud penjelasan menteri berkenaan dalam perjumpaan tersebut,” katanya.

Persoalannya, beliau berkata adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.

“Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?

“Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada?” soalnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");