Sukan Hari Ini

Cheng Hoe: Cukup satu gol

SATU gol yang diperolehi Kedah ketika mengatasi Terengganu di Stadium Darul Aman, Selasa lalu untuk aksi Liga Super 2016 sudah cukup buat Pengendalinya, Tan Cheng Hoe mengutip tiga mata, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Jaringan tunggal Carlos Kahe pada pada minit ke-42 menerusi Kahe yang bijak memanfaatkan tandukan Bang Seung Hwan selepas menerima sepakan sudut daripada Baddrol Bakhtiar sangat penting apabila berhadapan pasukan yang hebat seperti Sang Penyu.

Katanya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang seimbang walaupun pasukannya banyak kali melakukan serangan dan percubaan ke kubu pelawat namun dinafikan oleh pertahanan dan penjaga gol mereka.

“Paling penting Kedah berjaya mengutip tiga mata selepas kita tewas pada aksi pertama kepada Felda United 2-0 di Jengka pada Sabtu lalu.

“Menghadapi satu perlawanan yang sengit seperti ini satu gol sudah cukup buat saya kerana yang paling penting adalah menang bagi memastikan Kedah meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya.

Kini Hijau Kuning dalam persiapan untuk menghadapi saingan Piala FA 2016 dengan menerima kunjungan kelab Liga FAM, Megah Murni FC di laman sendiri pada malam esok.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");