Sukan Hari Ini

CONCACAF belum tetapkan sokongan tokoh calon

MIAMI: Badan induk bola sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribean (CONCACAF) yang bermesyuarat di sini semalam belum menemui kata sepakat mengenai siapa yang akan disokong mereka dalam pemilihan presiden FIFA yang akan datang, kata seorang pegawai kanan.

Selepas dua hari bermesyuarat termasuk mendengar pembentangan empat daripada lima calon untuk kerusi presiden, Timbalan Setiausaha Agung CONCACAF, Jurgen Mainka, berkata badan induk itu masih belum memutuskan sokongan terhadap mana-mana calon yang bertanding.

Bagaimanapun, Mainka tidak menolak kemungkinan untuk CONCACAF memberi sokongan padu terhadap isu yang akan dibangkitkan menjelang mesyuarat dan majlis undian FIFA di Zurich pada 26 Februari ini.

“Kami tidak menyentuh sebarang agenda, kita akan mempunyai kongres luar biasa sehari sebelum pilihan raya FIFA, sesuatu yang drastik bakal berlaku di sana, tetapi saya tidak mengambil bahagian berhubung perkara terbabit,” kata Mainka kepada pemberita.

Pegawai CONCACAF sudah bertemu untuk membincangkan cadangan untuk melakukan pembaharuan terhadap FIFA.

Mainka berkata rantaunya menyokong penuh untuk keputusan untuk menjalankan rombakan besar-besaran ke atas FIFA.

Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino, dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sheikh Salman bin Ebrahim al-Khalifa, dilihat sebagai calon utama dalam undian FIFA, mengatasi Prince Ali bin al Hussein dari Jordan, Tokyo Sexwale (Afrika) dan Jerome Champagne (Perancis). – AFP/BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");