Panasnya Hari Ini

Debat Asri, Zamihan: Istana Perlis Kurang Senang

KUALA LUMPUR: Pihak Istana Perlis tidak menyenangi debat diantara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Abdul Zainal Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin.

Perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha ASWAJA, Haspaizi Mohd Zain dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tegasnya, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung perkara berkenaan sesama melakukan sesi perbincangan untuk menganjurkan wacana itu.

Beliau berkata, Shahidan turut menyoal beliau sama ada Zamihan mahu meneruskan wacana tersebut.

“Beliau mengakui terdapat kekangan untuk menganjurkan wacana itu selain, Istana Perlis kurang senang dengan ‘debat’ antara Ustaz Zamihan dan Mufti Perlis.

“Datuk Seri Shahidan mengakui dia mendapat tekanan daripada pelbagai pihak selepas cadangan anjur wacana itu apatah lagi bukan di bawah bidang kuasa beliau,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya, Shahidan juga tidak mahu sekiranya ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada ummah, selain sedar Ustaz Zamihan sukar untuk menyertai wacana itu atas kapasiti penjawat awam.

“Selain itu, beliau mendakwa bahawa YAB TPM hanya benar supaya adakan diskusi secara tertutup,” katanya lagi.

Susulan daripada itu, katanya lagi, Zamihan telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan wacana secara tertutup tanpa sebarang liputan media ataupun ‘live streaming’.

“Saya Haspaizi Bin Mohd Zain bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan ini dan sedia disaman oleh mana- mana pihak termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim jika apa yang saya perkatakan ini adalah satu pendustaan,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, Shahidan telah membuat pengumuman bahawa wacana ilmu antara Asri dan Zamihan dibatalkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");