Berita Hari Ini

Debat perlu dapat cari kebenaran

IPOH – “Debat itu perlulah dapat cari kebenaran”. Itu reaksi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung debat antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, tiada gunanya jika debat berkenaan hanya bertujuan menyalahkan pendapat orang, selain kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah.

“Pada saya, kalau nak berdebat mesti akhirnya ada kebenaran. Dah jadi amalan orang di Malaysia, tiba-tiba bida’ah seolah-olah apakah orang sekarang lebih pandai, lebih tepat.

“Imam Syafie pernah tidak baca qunut ketika bersolat di Masjid Imam Hanafi kerana menghormati Imam Hanafi bukan kerana kata Imam itu salah. Dia (Imam Syafie) tak pernah menyalahkan Imam Hanafi dan begitu juga sebaliknya.

“Kita berguru dengan Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Maliki diiktiraf ilmu pengetahuannya. Sebab itu orang ikut pendapat,” katanya.

Dalam pada itu, Harussani berkata, orang berilmu kebiasaannya akan menerima kebenaran hasil debat.

Justeru katanya, biarlah kedua-dua tokoh berkenaan berdebat kerana selagi tidak dapat dicari kebenarannya, tiada kesudahan bagi perkara ini.

“Orang kita tahu al-Quran tak pernah berubah. Hadis dah tertulis. Cuma beza pendapat hadis sahih atau daif,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");