Isu Panas

Debat Zamihan, Asri pada 17 Februari

Kuala Lumpur: Setuju debat 17 Februari. Itu perkembangan terbaru debat antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari.

Ia dipersetujui sendiri Zamihan selepas satu perbincangan dengan pihak penganjur, malam tadi.

Zamihan berkata, dalam pertemuan itu penganjur membenarkan Dr Asri membawa 100 orang penyokongnya, manakala Zamihan pula 50 penyokong.

“Ana (saya) baru berbincang dengan wakil Datuk Seri Shahidan Kassim dan kami bersetuju untuk adakan debat pada 17 Februari di dewan ICU Jabatan Perdana Menteri, kompleks B pada 9 malam.

“Tajuknya, Ideologi Ekstremisme Agama. Peserta VVIP, VIP dalam kalangan penjawat awam, penyokong Asri 100 orang dan penyokong Zamihan 50 orang saja.

“Formatnya, bentang hujah 20 minit, bidasan 20 minit dan soalan kepada pembentang dengan resolusi, patuhi fatwa autoriti agama, akur enakmen negeri dan jangan menuduh dan membuat tohmahan tanpa bukti,” katanya dalam satu kenyataan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");