Berita Hari Ini

Debat Zamihan-Asri perlu ada resolusi

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin mencadangkan agar ada resolusi bagi debat antaranya dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, resolusi itu perlu dibacakan pihak berkuasa agama seperti Pengerusi Majlis Fatwa atau Ketua Pengarah Jakim.

“Jika tiada resolusi, debat hanya tak ubah seperti sembang-sembang kedai kopi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Debat antara Zamihan dan Asri bakal berlangsung 17 Februari ini jam 9 malam di Jabatan Perdana Menteri di mana para peserta program itu terdiri daripada penjawat awam serta penyokong kepada kedua-duanya.

Namun, Zamihan menyifatkan debat ilmiah seperti itu tidak perlu melibatkan penjawat awam kerana mereka bukan pemain utama urusan agama di negara ini.

“Golongan peserta yang perlu dipanggil ialah penjawat awam agama seperti Jakim, jabatan mufti, majlis agama dan pensyarah universiti,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua pendebat hendaklah mematuhi enakmen pihak berkuasa agama negeri selaku badan eksekutif agama di negara ini.

“Orang yang melanggar kesalahan hendaklah ditangkap dan didakwa,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");