Panasnya Hari Ini

Derma RM2.6b, Dari Anak Raja Abdullah : Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu bahawa individu yang bertindak menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah merupakan seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Memetik laporan Sinchew Daily, bagaimanapun beliau enggan memberikan mendedahkan identiti penderma itu.

“Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup,” katanya.

Tambahnya lagi, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperolehi satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

Tegasnya lagi, tujuan dan motif di sebalik sumbangan itu adalah tidak penting kerana derma seumpama itu tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.

“Mengapa orang bertanya tentang sebab derma itu diberi? Anda perlu bertanya kepada pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang, apa masalahnya?

“Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");