Membawang Hari Ini

Detik cemas di laut

Hollywood kerap menyajikan filem memaparkan bencana alam yang meragut banyak nyawa.

Antaranya The Day After Tomorrow, 2012, Armageddon, Deep Impact dan San Andreas, semuanya memberi impak besar kepada penonton.

Terbaru, pencinta filem Hollywood bakal digegarkan dengan kehadiran sebuah lagi karya bertema serupa yang diangkat daripada kisah benar arahan sutradara tersohor, Craig Gillespie, The Finest Hours .

Berlatarbelakangkan 1952 yang direkodkan sebagai tahun paling banyak kapal karam, The Finest Hours memaparkan pengalaman sebenar Bernie Webber lakonan Chris Pine, kapten sebuah bot penyelamat yang menempuh ribut taufan di lautan New England.

Webber serta tiga krunya bertarung nyawa menyelamatkan 32 kelasi kapal tangki SS Pendleton. Dengan menggunakan bot kayu CG 36500 sebesar 36 kaki, mereka menentang ombak setinggi 70 kaki.

Menurut Chris Pine, watak Webber sangat mencabar apatah lagi ia dikenang sebagai hero.

“The Finest Hours sebuah kisah benar dan menjadi tanggungjawab saya menghidupkan watak Webber dengan baik.

“Tidak hanya menjalankan tugas sebagai pelakon, saya juga mahu memberikan penghargaan kepadanya yang dijulang sebagai hero,” katanya.

Walaupun Webber sudah meninggal dunia, aktor kacak ini bangga dan terharu apabila berpeluang bertemu dengan beberapa rakan wira itu yang turut berada di tempat kejadian.

“Saya berkesempatan bertemu Gus dan Andy, dua rakan mendiang Webber. Meskipun berusia lebih 80 tahun, mereka masih ingat detik cemas di lautan dan mampu menggambarkan senario itu dengan baik.

“Bertemu dengan mereka sedikit sebanyak membantu saya memahami karakter Webber dan menterjemahkan dalam lakonan saya,” katanya.

Dia turut yakin filem ini mampu memberikan pengalaman hebat kepada penonton dalam menghayati dan memahami kuasa alam serta kesannya kepada manusia.

“Dalam filem ini, tiada adi wira de­ngan kuasa luar biasa mahupun raksasa. Namun, kesan khasnya memang hebat dan mampu membuat penonton tidak berkelip mata.

“The Finest Hours juga akan membuatkan penonton memahami bencana alam dan kesannya. Selain hubungan antara manusia dengan alam, filem ini turut diselitkan elemen cinta dan bagaimana manusia perlu sentiasa bersemangat dalam menempuh saat sukar kerana akhirnya pasti ada sinar menanti,” katanya lagi.

Bagi pencinta filem sebegini, jangan ketinggalan menyaksikan The Finest Hours terbitan Walt Disney Pictures yang akan menjengah pawagam seluruh negara pada 18 Februari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");