Jenayah

Ditahan ketika ‘mencekik’

Kuantan: Perancangan dua lelaki yang cuba memperdaya seorang mangsa berkaitan urusan jual beli tanah gagal apabila mereka ditahan ketika menikmati makan tengah hari di sebuah restoran di Jalan Teluk Sisek di sini, jam 1.490 tengah hari kelmarin.

Kedua-dua kaki temberang berusia 44 tahun dan 59 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Azli Ishak daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut.

“Ketika kejadian, seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai mangsa turut berada bersama mereka di restoran berkenaan.

“Kami merampas empat telefon bimbit yang digunakan untuk urusan jual beli tanah, wang tunai RM3,400, satu geran tanah, satu set dokumen surat wakil kuasa, satu set dokumen pindah milik tanah, satu buku cek dan 570 kertas berwarna menyerupai wang RM100,” katanya ketika dihubungi, semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");