Membawang Hari Ini

Diyana ingatkan suami jaga kesihatan sempena hari lahir

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Aaron Aziz, Diyana Halik, mendedahkan bintang Ombak Rindu itu sememangnya seorang yang sukar menjaga kesihatan diri sendiri.

Pengesahan itu dibuat Diyana di laman sosial Instagramnya, lewat malam tadi, menerusi ucapan yang dilihat cukup manis dan tersusun indah sempena ulang tahun hari lahir ke-40 pelakon terkenal berkenaan, yang jatuh pada hari ini.

“Selamat hari lahir sayang. Kamu sudah menginjak 40 tahun hari ini. Kita bertemu ketika kamu berusia 25 tahun. Kamu masih muda, merendah diri, lucu, bersemangat dan rajin seperti kamu masih 25 tahun.

Kamu tidak pernah berubah selama 15 tahun perkenalan kita. Cuma satu benda yang saya mahu tekankan, yang kamu ini selalu gagal menjaga kesihatan diri sendiri.

“Jadi pada hari yang indah ini, saya memanjangkan doa kepada Tuhan supaya kamu terus diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada segala macam penyakit.

Semoga dipanjangkan umur dan diberikan ketenangan dalam setiap apa yang dilakukan, termasuk menjadi muslim yang terbaik hari demi hari. “Saya sayang kamu selamanya dan untuk 1,000 tahu lagi. Amin.

Insya-Allah dan kehidupan kamu sebagai lelaki berusia 40 tahun sudah bermula.

Kepada sesiapa yang cakap suami saya sudah tua, tak mengapa kerana bukankah ada pepatah, hidup ini bermula di angka 40. Lagi tua lagi berbisa ‘uols’.

Selamat hari lahir dan kamu masih tetap kacak di usia kini,” tulis Diana.

Semalam, Aaron turut diraikan oleh ahli kelab peminatnya, Aaron Aziz Fan Club atau Aaronatorsfc, di sebuah hotel di ibu kota.

Aaron juga berkongsi gambar sambutan hari lahirnya itu di laman sosial.

Sebelum ini, Aaron pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali berikutan sikap dirinya yang kuat bekerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Mungkin berdasarkan pengalaman itulah Diyana ‘mengingatkan’ suaminya supaya lebih menjaga kesihatan sempena hari lahirnya itu.

Selain Aaron, pelakon, Zain Saidin juga menyambut hari lahirnya yang ke-32, hari ini.

Seperti Diyana, isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta, turut berkongsi ucapan sempena hari bermakna suami tercinta itu di laman sosialnya.

Che Ta memilih untuk meluahkan rasa cintanya terhadap suami dalam ungkapan berbahasa Inggeris yang ringkas. “Selamat hari lahir sayangku.

Kamu mahu tahu dengan siapa saya selalu jatuh cinta? Jawapannya baca kembali perkataan awal yang saya tulis tadi (merujuk kepada perkataan Kamu)

“Kita jatuh cinta daripada peluang yang diberikan dan kita terus hidup dalam cinta dengan pilihan yang diberikan. Terima kasih kerana menjadi alasan untuk saya terus menanti hari seterusnya,” tulis Rozita.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");