Jenayah

Dua geng pecah rumah tumpas

SUNGKAI – Dua kumpulan termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan dipercayai terlibat dengan beberapa kes pecah rumah sekitar taman perumahan, di sini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, hasil kerjasama orang awam, pihaknya berjaya menahan dua kumpulan terbabit yang memecah masuk beberapa rumah di sekitar Taman Sungkai Perdana, di sini.

Menurutnya, satu kumpulan penjenayah itu sudah didakwa di mahkamah manakala satu lagi masih dalam ditahan reman bagi bantu siasatan.

“Kita menerima beberapa laporan kes pecah masuk rumah pada penghujung tahun lalu.

“Rondaan berkala seterusnya dijalankan di kawasan perumahan ini memandangkan ia baru siap dan diduduki oleh pemiliknya pada tahun lalu.

“Usaha kita berhasil apabila kes pecah rumah dapat dikurangkan dan tahun ini hanya mencatatkan satu kes sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian, di sini, selepas Program Community Policing peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di Taman Sungkai Perdana, kelmarin.

Hadir merasmikan program, Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib dan Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Mohd Razali Abdullah.

Som Sak berkata, setiap kawasan perumahan perlu mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi melakukan rondaan cegah jenayah.

“Amalan ini merupakan cara yang paling berkesan untuk menjamin keselamatan satu-satu komuniti.

“Penglibatan aktif semua masyarakat bersama dengan agensi-agensi kerajaan seperti PDRM dapat memerangi dan mencegah kegiatan jenayah,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");