Sukan Hari Ini

Dynamo Kiev memang layak kalah

PENGENDALI Dynamo Kiev, Serhiy Rebrov menyifatkan tewas memalukan 1-3 kepada Manchester City pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi semalam sebagai kekalahan yang sepatutnya diterima oleh mereka.

Rebrov menganggap dengan persembahan teruk dipamerkan anak buahnya, Dynamo Kiev wajar dihukum dengan kekalahan itu.

“Dynamo yang pasif harus dihukum. Kekalahan ini disebabkan kesilapan pemain yang membiarkan City menguasai perlawanan dan gagal menunjukkan kualiti yang baik.

“Pemain juga gugup. Jelas dalam perlawanan ini, City ternyata lebih bertenaga dan lebih baik berbanding kami.

“Sekarang kami akan menganalisis kesilapan kami dan mempersiapkan diri lebih baik pada perlawanan kedua,” katanya.

Tiga gol City dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-15, David Silva (m-40) dan Yaya Toure (m-90) manakala gol sagu hati Dynamo hadir menerusi Vitaliy Buyalsky (m-58).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");