Sukan Hari Ini

Elak kesilapan sama aksi kedua

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri kurang berpuas hati aksi dipamerkan pemainnya walaupun The Old Lady bangkit mengikat Bayern Munich 2-2 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Allegri berkata, mereka nyaris dimalukan di gelanggang sendiri disebabkan banyak kesilapan di babak pertama.

“Babak pertama, mereka beri tekanan kepada kami dan kami tidak boleh atasinya.

“Selepas ketinggalan, kami bermain dengan lebih baik, malah mampu untuk mencatat kemenangan. Kami perlu pastikan kesilapan sama tidak berulang untuk aksi kedua nanti,” katanya,

Bayern terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller minit ke-43 sebelum Arjen Robben melebarkan jurang pada m-55.

Namun tuan rumah kembali bangkit selepas itu hasil jaringan Paulo Dybala pada m-63 sebelum Stefano Sturaro menyelamatkan maruah Juventus ketika perlawanan berbaki 14 minit lagi untuk kedudukan 2-2.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");