Berita Hari Ini

Empat perkara utama tumpuan universiti tempatan

PEKAN – Empat perkara utama yang perlu diberikan tumpuan oleh universiti-universiti dalam usaha menjadikan negara lebih cemerlang dan efektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tub Razak berkata, antara penekanan yang perlu digariskan adalah pembangunan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) manakala kedua membangunkan budaya berinovasi dalam kalangan warga universiti.

Selain itu, katanya, pembangunan keusahawanan dan kebolehan berkomukasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris perlu dikuasai dengan tahap profesional tertinggi.

“Saya percaya apabila semua garis panduan ini diikuti oleh semua universiti termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) ia akan memberi impak yang positif untuk terus maju.

“Malah, garis panduan ini adalah satu langkah ke arah empowerement kepada UMP dan kita bersedia memberi sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kampus Utama UMP dan Majlis Penyerahan Status Autonomi serta Majlis Pertukaran Dokumen Dengan Rakan Industri di Kuala Pahang di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan sememangnya berhasrat untuk memenuhi beberapa objektif dalam bidang pendidikan kerana ia dapar membuka saluran out work mobiliti yang boleh menyebabkan perubahan ekonomi ketara dan nyata di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Najib turut meluluskan peruntukan RM5 juta untuk pembinaan infrastruktur ICT awam kepada UMP.

“Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Tinggi , Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kolaborasi dengan industri dan latihan amali adalah amat penting.

“Kalau kita mahu keluarkan mahasiswa terampil, mereka perlu menjalani latihan amali yang perlu wujudkan rangkaian dengan rakan industri,” katanya.

Katanya, UMP harus memainkan peranan dengan mengubah keadaan, fizikal, minda dan sikap mereka agar dapat mengubah lanskap sosio-ekonomi penduduk setempat di Kuala Pahang ini.

Pada majlis itu, penyerahan dana pembangunan usahawan Bumiputera kepada peserta program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Mahkota hasil jaringan kerjasama strategik antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP Advanced Education (UAE).

Ia bagi membantu usahawan Bumiputera dalam bentuk barangan perniagaan supaya mereka boleh meneruskan perniagaan mereka.

Sebelum itu, Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pihaknya nekad untuk menjadi penyumbang yang signifikan dalam mencapai hasrat kementerian supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.?

Katanya, UMP juga berhasrat untuk memainkan peranan mereka sebagai agen transformasi sosioekonomi masyarakat.

“Kita akan terus memberi komitmen sosial kepada masyarakat di Kuala Pahang dan di sekitar Pekan khususnya menerusi projek kompleks makanan laut dan pusat pemprosesan hasil laut yang dianggarkan bernilai RM7.7juta,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");