Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Erra Harap Dipertemukan Jodoh Yang Baik

KUALA LUMPUR:Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi dan pelakon yang serba boleh Fazira Wan Chek atau lebih dikenali dengan Erra Fazira, 42, pada 9 Februari yang lalu, menaruh harapan agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Tambahnya, urusan jodoh adalah pekara yang subjektif dan beliau lebih selesa menyerahkan ketentuan itu pada yang-Esa.

“Jodoh ini perkara yang subjektif, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Biarlah berserah kepada yang Maha Esa untuk menentukan siapa bakal suami saya nanti.

“Ketika ini saya tidak terfikir lagi untuk mencari suami dan sekiranya ada, biarlah orang tersebut benar-benar mampu menjaga saya dan semestinya dia adalah lelaki yang baik.

“Kalau hanya sekadar berlandaskan perasaan suka semata-mata, maka saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada jodoh yang tidak tepat, dan tentulah mengharapkan jodoh yang baik dari-Nya,” terang Erra memetik sumber Media hiburan.

Erra turut berkongsi azamnya untuk menjadi seorang ibu yang lebih bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang ibu kepada anaknya.

Bercakap mengenai soal kerjaya, Erra dijangka akan tampil dengan lagu baru yang berjudul ‘Teman Jiwa’ yang akan digandingkan dengan penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah untuk tema lagu filem ‘Soulmate’.

Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi filem arahan Professor Dato’ A. Razak dan Erra turut terlibat sama dalam filem tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");