Panasnya Hari Ini

Exco Pemuda UMNO Dakwa Pertemuan Freemason Akan Diadakan Di Pulau Pinang

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan gerakan Freemason akan diadakan disebuah hotel di Pulau Pinang pada 24 Februari ini, dakwa Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah.

Justeru, beliau mendesak agar kerajaan negeri dan pimpinan pembangkang memberi penjelasan mengapa perhimpunan tersebut dibenarkan.

“Sepertimana yang saya nyatakan, pada 24 Februari akan ada pertemuan Freemason/Iluminati terbesar di salah sebuah negeri tidak lama lagi.

“Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuan mereka ini dan walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar, tapi saya yang berpegang pada agama Islam dan berpandukan perjuangan 30 juzuk Al-Quran rasakan ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta memohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan,”katanya menerusi laman blog beliau, armandpju.blogspot.my.

blogger-image-10151282381

Beliau turut memuatnaik semua maklumat berkaitan pertemuan tersebut di dalam blognya.

Armand yang membantah secara terbuka berkaitan perhimpunan tersebut terus mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan untuk memberikan penjelasan tentang perkara trsebut.

“Apa pendirian pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutama yang beragama Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), DAP dan PAS mengenai isu ini.

“Saya juga mohon badan bukan kerajaan (NGO) bersatu dalam bantahan pertemuan Freemason/Iluminati yang bakal diadakan di Pulau Pinang di salah sebuah hotel ternama,”ujarnya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");