Sukan Hari Ini

Federer kembali beraksi selepas pembedahan lutut

PEMAIN tenis nombor tiga dunia, Roger Federer kembali beraksi dalam sesi latihan pada Selasa lalu untuk kali pertama sejak menjalani pembedahan pada bahagian lutut di Switzerland, tiga minggu lalu, lapor CNN.

Sebelum ini, Federer menderita ekoran daripada kecederaan meniskus yang koyak sehari selepas tewas dalam kejuaraan separuh akhir Terbuka Australia dengan Novak Djokovic pada Januari lalu.

Juara 17 kali Grand Slam itu dijangkakan akan beraksi dalam kejohanan Master India Wells yang bermula pada 10 Mac akan datang walaupun dia masih belum disahkan cergas sepenuhnya untuk menyertai perlawanan itu.

Pakar pembedahan lutut di Klinik Ortopedik London, Sean Curry percaya pemain berusia 34 tahun itu mempunyai peluang untuk bersaing dalam perlawanan itu selepas dia mampu untuk bangun dan berlari.

“Terdapat perbezaan besar di antara meniskus kecil dan besar malah ia turut bergantung kepada bagaimana pesakit berdepan dengan proses pemulihan.

“Bagi seseorang yang seperti Federer serta menjalankan rawatan fisioterapi bersama kerja keras yang dilakukannya, tempoh sebulan untuk kembali beraksi adalah tidak mustahil,”katanya.

Federer yang memenangi Grand Slam pada 2012 akan kembali mengejar kejuaraan kali ke 89 selepas kembali beraksi di gelanggang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");