Berita Hari Ini

Fenomena El-nino jejas pengeluaran mempelam harumanis

KANGAR – Fenomina El-Nino dijangka menjejaskan pengeluaran mempelam harumanis pada musim tahun ini bermula April ini, kata Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh.

Katanya tanda-tanda kemerosotan pengeluaran ikon Perlis itu sudah nampak berikutan banyak pokok tidak mengeluarkan bunga, sebaliknya hanya mengeluarkan pucuk baharu.

“Musim kemarau memang sesuai untuk mempelam harumanis mengeluarkan bunga tetapi keadaan sebaliknya berlaku kerana pengaruh El-Nino,” kata Zulkepli Amin kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mulai bulan ini pihaknya membuat semburan baja pada pokok-pokok harumanis agar pucuk muda cepat tua dan dapat mengeluarkan bunga.

“Hasil dijangka boleh dituai agak lewat dari kebiasaan itu iaitu pada akhir April dan berlanjutan hingga Jun,” katanya dan menambah kira-kira 80 peratus pokok harumanis di ladang milik jabatan itu hanya mengeluarkan pucuk.

Menurut Zulkepli Amin seluas 1,028 hektar tanah di seluruh negeri ditanam dengan mempelam harumanis namun 650 hektar sahaja yang mengeluarkan hasil.

Perlis menghasilkan 2,400 tan metrik harumanis bernilai RM40 juta pada musim tahun lepas dan sebahagian dieksport ke luar negara, katanya.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");