Sukan Hari Ini

Fighters letih, harungi jadual padat

FELDA United menghadapi masalah keletihan pemain selepas mengharungi jadual perlawanan padat sepanjang minggu ini, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, ekoran masalah kecergasan pemain itu, Felda tidak dapat menurunkan barisan terkuatnya ketika menang 2-0 ke atas PB Ipoh, kelmarin.

“Kesemua pemain berada dalam keadaan letih selepas mengharungi tiga perlawanan berturut-turut. Tetapi saya tetap berpuas hati dengan kemenangan malam ini. Pemain menunjukkan aksi yang baik sepanjang perlawanan,” katanya.

Gol Felda dijaringkan oleh Francis Forkey Doe pada minit ke-31 sebelum Norfazly Alias mengesahkan kemenangan The Fighters m-93.

Pada pusingan seterusnya, Felda akan bertemu PKNS FC.

Sementara itu, Irfan Bakti mahu mencatatkan kemenangan dan terus berada di takhta Liga Super ketika melayan kunjungan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini.

“Untuk perlawanan Liga Super Sabtu ini, kami sememangnya mengidam tiga mata penuh dan mahu mengekalkan rekod kemenangan. Kami akan menggunakan kelebihan beraksi di stadium sendiri bagi membenam pelawat.

“Saya juga percaya pemain akan kembali cergas sebelum perlawanan itu dan setakat ini tiada lagi pemain yang tercedera,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");