Panasnya Hari Ini

‘flip-flop’ Memang Sikap Kerajaan Pusat- Azmin Ali

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan sikap ‘flip-flop’ atau tidak tetap dengan pendirian yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bukanya perkara baru.

Ujarnya, Kerajaan Persekutuan sememangnya bersikap demikian dan boleh dilihat menerusi pelbagai isu yang pernah dibangkitkan sehingga kini.

“Ini memang sikap Kerajaan Persekutuan, sebuah kerajaan yang flip flop. Sering mengubah dasar tanpa kajian dan maklum balas dari ‘key player industry” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Bandar Sri Damansara, memetik sumber laporan Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi keputusan menggambarkan bahawa pimpinan Kerajaan Pusat adalah lemah dan tidak mampu merancang serta membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

“Ini menunjukkan soal kepimpinan yang lemah. Tidak ada hala tuju yang jelas dan kekuatan untuk memulihkan ekonomi negara yang dilihat semakin parah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, tindakan yang lemah itu akan memberi kesan kepada rakyat dan menjejaskan ekonomi negara.

“Soal kepimpinan amat penting dalam memastikan kemajuan sesebuah negeri. Kalau kepimpinan lemah, akan beri kesan kepada rakyat dan ekonomi negara,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh.

Bagaimanapun, media Bangladesh melaporkan Kerajaan Malaysia membuat pengumuman membekukan pengambilan pekerja asing itu hanya sekadar untuk menenangkan rakyat yang menentang pengambilan pekerja asing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");