Sukan Hari Ini

Fraser rangkul kejuaraan sulung Maybank Malaysia

PEMAIN Australia, Marcus Fraser mengakhiri kemarau gelaran selama enam tahun apabila muncul juara edisi pertama Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2016 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), semalam.

Pada pusingan akhir, pukulan par pada tiga lubang lubang terakhir membantu Fraser melakarkan tiga bawah par 68, sekali gus merekodkan catatan keseluruhan 15 bawah par 269 untuk mengatasi dua pencabar dengan kelebihan dua pukulan.

Pemain berusia 38 tahun itu pada satu ketika ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu semalaman, Lee Soo-Min dari Korea Selatan.

Namun, dua catatan bogey berganda oleh pemain Korea berusia 22 tahun pada lubang ke-16 dan 18 telah menyuntik semangat kepada Fraser untuk melakukan pukulan par, sekali gus merangkul kejuaraan serta meraih hadiah wang tunai US$500,000 (RM2.1 juta).

Trofi kejohanan disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pemain Sabah, Nicholas Fung muncul sebagai pemain terbaik tempatan dengan kedudukan tempat ke-24 dengan catatan enam bawah par 278 dan menerima hadiah wang tunai US$29,400 (RM1234,568).

Tiga lagi wakil negara, Kemarol Baharin, Wilson Choo dan Shaaban Hussin sekadar menamatkan saingan di tempat ke-57, 60 dan 69.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");