Sukan Hari Ini

Frost puji Iskandar, Jin Wei

PEMAIN badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Goh Jin Wei telah menunjukkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2016 (BATC) di Hyderabad, India baru-baru ini.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, dalam kejohanan itu, kedua-dua pemain membuktikan kebolehan mereka bersaing dengan pemain bertaraf lebih tinggi.

“Saya percaya mereka boleh menjadi 20 pemain terbaik dunia tidak lama lagi. Iskandar Zulkarnain dan Jin Wei mempamerkan prestasi hebat di Hyderabad.

“Jin Wei mengalahkan pemain nombor 11 dunia dalam percubaan pertamanya, dan ia sememangnya hebat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Iskandar bagaimanapun berkata, dia masih belum berpuas hati walaupun mendapat pujian daripada Frost.

Beliau berharap prestasinya akan lebih konsisten untuk perkembangan masa hadapan kariernya dalam sukan badminton.

“Memang semua nak tengok saya menang, jadi saya agak tertekan juga masa di India. Syukur saya dapat lepasi tekanan dan saya harap akan terus tenang hadapi tekanan dan cabaran selepas ini.

“Harapan saya jika kita layak ke final Piala Thomas di China nanti, saya mahu berada dalam pasukan lagi. Daripada kejohanan BATC ini, dari segi pengalaman memang baik untuk pemain muda,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");