Sukan Hari Ini

Guardiola tak gentar cabaran EPL

PEP Guardiola yang bakal mengemudi Manchester City musim depan berkata, dia sudah sedia menyahut cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya mahu mencuba atmosfera, emosinya biarpun tahu berisiko, tetapi ia betul-betul apa yang saya suka.

“Saya bersedia untuk cabaran baharu dan tidak akan lengkap karier tanpa pengalaman di England,” kata jurulatih berusia 45 tahun itu.

The Citizens mengumumkan secara rasmi pengendali Bayern Munich itu pengurus mereka untuk musim depan selepas usaha memujuknya ke Etihad lebih daripada empat tahun berjaya.

Guardiola yang meninggalkan gergasi Bundesliga itu akhir musim ini akan menggantikan Manuel Pellegrini dengan kontrak tiga tahun dilaporkan bernilai £15 juta (RM94 juta) setahun.

Untuk rekod, bekas pengendali Malaga berusia 62 tahun itu tiba di Etihad pada 2013 bagi menggantikan Roberto Mancini memenangi 64 daripada 99 aksi EPL.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");