Sukan Hari Ini

Habuan kereta

Shah Alam: Kereta Proton baharu akan dihadiahkan kepada setiap pemain DRB-Hicom FC jika pasukan itu menduduki kelompok dua pasukan teratas saingan Liga Perdana yang membuka tirai 12 Februari ini.

Tanpa memberitahu model kereta berkenaan, penaung kelab, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata sebuah motosikal Modenas baharu di samping insentif tambahan akan dihadiahkan kepada setiap pemain jika mereka menamatkan saingan di tempat ketiga atau keempat.

“Saya membuat janji sama dua tahun lalu. Saya berharap pengumuman ini akan mendorong pemain bekerja lebih keras untuk menduduki antara dua pasukan teratas Liga Perdana 2016,” kata beliau dalam ucapan alu-aluan sebelum mengumumkan senarai skuad musim 2016 di Wisma DRB-Hicom, di sini semalam.

Khamil yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom melahirkan keyakinan kehadiran dua pemain import baharu – bekas bintang Seattle Sounders FC Philip Lund dari Denmark dan bekas penyerang Negeri Sembilan Kim Jin-Ryong (Korea Selatan) akan memberi lebih sengat di barisan penyerang.

Berkongsi pandangan sama ialah ketua jurulatih Chong Yee Fatt yang berhasrat mengubah nasib pasukan yang pernah dianggap pasukan belasahan Liga Perdana.

Bekas penolong jurulatih Perak itu juga percaya kedudukan dua tangga teratas boleh dicapai jika pemain menampilkan persembahan cemerlang setiap perlawanan.

“Saingan Liga Super dan Liga Perdana mempunyai cabarannya tersendiri tetapi saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki kedudukan pasukan daripada tangga ke-10 musim lalu ke tempat lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, DRB-Hicom FC turut mengumumkan Stadium Proton di Tanjung Malim, Perak menjadi venue tuan rumah, musim ini.-bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");