Panasnya Hari Ini

Harga Runcit Petrol Turun Lagi

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel hari ini masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen.

Penurunan harga runcit berkenaan berkuatkuasa pada 12.01 malam pada 1 Februari 2016.

Memetik laporan Bernama, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga baharu bagi RON95 adalah RM1.75 seliter dan RON97 pula RM2.05 seliter.

“Manakala bagi diesel pula turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” katanya.

Penurunan harga runcit petrol berkenaaan susulan daripada kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Sebelum ini, harga runcit petrol adalah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 dan diesel pula RM1.60.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");