Panasnya Hari Ini

Harga Semua Model PROTON Naik Bermula 15 Februari

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan menaikkan harga kesemua model kereta keluarannya bermula 15 Februari ini.

Menerusi satu kenyataan, PROTON berkata, kenaikan harga semua model keretanya bermula dari RM312 sehingga ke paras maksimum, RM2,021 bergantung kepada varian model.

“Kenaikan ini adalah disebabkan kesan daripada kejatuhan Ringgit dimana kebanyakkan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing.

“Penyusutan Ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem,”kata PROTON.

Justeru itu, bagi mengurangkan impak yang akan memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos lalu, PROTON kini dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi dan ianya melibatkan rasionalisasi yang perlu.

Para pelanggan boleh menyemak senarai semula harga itu yang akan dimuatnaik di laman web PROTON apabila harga baharu dikuatkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");