Sukan Hari Ini

Hawks buru tiga mata sulung

PENGENDALI Kuala Lumpur, Ismail Zakaria menyifatkan pasukannya sudah bersedia bagai menghadapi saingan Liga Perdana yang akan memulakan sepak mula Jumaat ini.

Menurutnya, pemain juga telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perlawanan pra musim yang telah diadakan.

“Pemain tempatan dan pemain import juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dan sudah ada keserasian walaupun tidak sepenuhnya.

“Namun, kami masih perlu memperbaiki bahagian tengah dan menajamkan lagi jentera serangan,” katanya.

Ismail juga menyatakan sudah mempunyai bayangan pemain yang akan mengisi kesebelasan utama pasukan.

Malah, kehadiran semula Thamil Arasu yang mengalami kecederaan sebelum ini juga memberikan lebih banyak pilihan kepada Ismail.

Kuala Lumpur yang terkenal dengan panggilan The Hawks akan memulakan saingan liga bertemu PKNS di Stadium Hang Jebat Jumaat ini.

Kata Ismail, dia amat mengharapkan agar pemain dapat memberikan aksi terbaik seterusnya meraih tiga mata dalam perlawanan sulung bertemu PKNS.

“Saya pasti setiap pasukan mahukan kemenangan dalam aksi pertama. Begitu juga dengan Kuala Lumpur,” katanya.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");