Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Hetty Sarlene Bakal Berkahwin Tahun Ini

KUALA LUMPUR:Terkenal menerusi lakonannya dalam drama Sembilu penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene sudah lama dilihat menyepi dalam industri seni tanah air.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Hetty rupa-rupanya kini sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes.

Memetik sumber laporan Berita Harian, Hetty sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember lalu.

Hetty dan Daniel dijangka berkahwin pada pertengahan tahun ini pada majlis yang dirancang di Singapura.

Hetty turut memuat naik gambar dirinya dan Oakes dan menulis kata-kata indah buat tatapan semua.

“Hubungan kami sebagai pasangan tunang ada kalanya mencabar, tetapi ia cukup menggembirakan. Kadang-kadang macam kelam kabut, namun cukup menakjubkan. Ada kalanya juga seperti mendadak tetapi stabil.

“Sesekali pula macam ringkas, tetapi ia cukup romantik. Saya sayang kamu dan akan sentiasa begitu,” ungkap Hetty pada status itu.

-foto rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");