Sukan Hari Ini

Hijau Kuning tidak gentar lawan Kelantan

HIJAU Kuning memandang serius pertemuan menentang Kelantan untuk aksi Liga Super 2016 pada 1 Mac dan akan menghadapi lawan sama selang lima hari kemudian bagi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016.

Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, biarpun kedua-dua perlawanan beraksi di Stadium Darul Aman, beliau melihat Kedah tidak mempunyai kelebihan sepenuhnya kerana lawan merupakan antara pasukan yang berpengalaman di peringkat saingan tertinggi bola sepak negara.

Menurutnya, perlawanan menghadapi Perak untuk saingan Liga Super Sabtu ini di laman lawan akan menjadi medan terbaik buatnya membuat persiapan awal sebelum menerima kunjungan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) tiga hari kemudian.

“Undian Piala FA 2016 bagi peringkat pusingan ketiga agak menarik kerana menemukan Kedah dan Kelantan pada 5 Mac nanti namun lima hari sebelum itu kedua-dua pasukan perlu berentap untuk aksi saingan Liga Super 2016.

“Kedua-dua perlawanan ini penting buat Kedah kerana kita mahu tiga mata penuh untuk saingan liga dan juga mara sejauh mungkin dalam saingan Piala FA, bukan tugas mudah biarpun beraksi di laman sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Cheng Hoe berkata, PQPTRW yang juga naib juara Piala FA musim lalu dibarisi ramai pemain yang berpengalaman dan mampu memalukan pasukannya di Alor Setar jika persediaan rapi gagal dilakukan.

Menurutnya, beliau tidak akan melakukan rombakan perlawanan akan datang menentang The Boss Gaurus dan kesebelasan utama itu mungkin dikekalkan pada pertemuan menentang PQPTRW.

“Saya mungkin tidak akan melakukan rombakan untuk aksi Liga Super menentang Perak Sabtu ini dan saya akan lihat perkembangan semasa terlebih dahulu, jika tidak ada pengantungan ataupun pemain cedera, kesebelasan utama akan dikekalkan bertemu Kelantan pula,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");