Panasnya Hari Ini

Himpunan Anti Najib: DAP, Amanah Belum Terima Jemputan

KUALA LUMPUR: DAP mengesahkan bahawa parti itu masih tidak menerima sebarang jemputan rasmi daripada Datuk Zaid Ibrahim berhubung Himpunan anti-Najib, yang dijangka berlangsung pada 27 Mac ini.

Menurut Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi parti itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya belum dimaklumkan bahawa ada jemputan rasmi kepada DAP. Kita bincanglah kalau ada jemputan ataupun permintaan daripada penganjur.

“Tapi saya nak tegaskan bahawa kita tidak terlibat secara langsung. Kita bukannya penganjur,” ujarnya memetik sumber freemalaysiatoday hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mengesahkan bahawa beliau akan menghadiri himpunan itu dan telah menerima jemputan rasmi daripada Zaid.

Parti Amanah juga mengesahkan belum menerima sebarang jemputan rasmi berkenaan himpunan itu.

Terdahulu, Zaid sebelum ini menjelaskan bahawa perhimpunan itu adalah bagi mendesak peletakan jawatan Najib yang bukanlah bantahan awam, tetapi acara tertutup dengan jemputan hanya kira-kira 1,000 orang.

Semalam, difahamkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan kesediaan bagi menyertai himpunan itu yang dijadualkan pada 27 Mac depan jika menerima surat jemputan.

foto-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");