Panasnya Hari Ini

Ia Peralihan Kuasa Yang Biasa- Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR:Setelah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan peralihan kuasa yang berlaku di Kedah adalah peralihan biasa dan bukannya krisis politik.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Awani yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Ujarnya, tugas yang digalasnya kini adalah diatas kepercayaan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Keutamaan kini adalah supaya kita kembali bersatu sebagai satu pasukan keseluruhan pemimpin di Kedah, sama ada dari parti politik UMNO dan Barisan nasional serta bantuan daripada pegawai kerajaan, jentera kerajaan, parti komponen dan rakyat semua,” katanya.

Tambahnya lagi, dokongan dan sokongan semua pihak UMNO dan BN bersatu bagi membangunkan negeri Kedah dan mempertahankan kuasa yang ada di negeri Kedah.

“Terima kasih saya ucapakan kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang telah menyatakan kesetian terhadap UMNO ia adalah perlu kerana bagi saya apa yang dinyatakan oleh dia ahli parti itu yang perlu dilakukan untuk kembali bersama-sama,” katanya

Ulasnya lagi, kesetiaan itu adalah lahir daripada diri Datuk Mukhriz sendiri supaya dapat menyakinkan rakyat untuk melihat kenyataan yang sebenar bahawa kerjasama dibentuk di semua peringkat.

“Paling penting adalah membuktikan kepada rakyat bahawa ada sedikit pergolakan dalam perubahan kepimpinan bukan memudaratkan sokongan rakyat sekiranya kita kembali bersatu semua kepimpinan termasuk kerjasama daripada penyokong Mukhriz.

“UMNO kedah tidak berpecah dan saya yakin Datuk Mukhriz begitu tidak berpecah sebenarnya dan kita boleh buktikan keseluruhannya kepada seluruh negara ia bukanya politik perpecahan ,” katanya.

Beliau turut menyatakan bagi perancangan jangka masa pendek, adalah untuk mengembalikan sokongan ahli parti termasuk menarik undi penyokong Datuk Mukhriz untuk bersama sama jentera kerajaan bagi memastikan pembangunan negeri berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit di sini, esok.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din di Wisma Darul Aman di sini, sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");