Sukan Hari Ini

Impian besar anak jati Selangor

CUKUP besar impian penyokong pasukan Selangor untuk melihat juara Piala Malaysia, pasukan Selangor membawa pulang Piala Sumbangsih 2016 sekali gus merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada perlawanan malam ini.

Presiden Kelab Bola Tanjong Karang (TKFC), Mohd Shahrizal Sahri berkata, pastinya anak Selangor menantikan aksi terbaik untuk melihat Selangor menentang Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Sebagai tanda sokongan, kita akan bawa pemain TKFC bersama penyokong dari Tanjong Karang dengan tiga bas untuk memeriahkan lagi perlawanan dan pastinya, kita mahu beri sokongan buat pasukan Selangor.

“Sudah pastinya anak jati Selangor mahu Gergasi Merah yang masih segar dengan kemenangan Piala Malaysia 2015 dapat menewaskan JDT dengan jaringan gol 2-1,” katanya.

Mohd Shahrizal yang juga bekas pemain bola itu menjangkakan persaingan sengit memandangkan kedua pasukan mampu memberi debaran dengan aksi menarik buat penyokong.

“Kita harapkan permainan yang berkualiti dan mahu pemain TKFC yang datang memberi sokongan dapat mempelajari corak permainan pasukan Gergasi Merah dan JDT.

“Bukan saja enjoy melihat game bertaraf kebangsaan di tempat orang, saya mahu pemain TKFC mengambil peluang ini untuk memperbaiki prestasi dan corak permainan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Terhormat TKFC, Mohd Zaki Kahar, 42, berkata, kebangkitan pasukan Selangor memberi kesan kepada pasukan tempatan termasuk TKFC.

“Kelab Penyokong TKFC mencipta satu semangat baru buat pemain sekali gus membuktikan Selangor mampu mara lebih jauh,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");