Berita Hari Ini

Isu Bauksit: Gesa kerajaan siasat

KUANTAN – Kerajaan negeri dan kementerian disaran mengambil kira kajian dan pendapat pakar dalam menentukan masa depan perlombongan bauksit di negeri ini.

Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh berkata, setiap pandangan perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan kepentingan masyarakat di daerah ini terutamanya dari sudut kesihatan.

“Bagi saya tidak salah kalau kerajaan menerima pandangan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UITM), Prof. Dr Maketab Mohamed kerana beliau juga merupakan individu yang pakar dalam bidang tersebut.

“Malah, pendedahan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan kerajaan seharusnya melihat perkara ini dari sudut yang positif memandang risikonya terlalu besar berbanding keuntungan hasil dari aktiviti bauksit,” katanya, kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas pendedahan yang dibuat Dr Maketab berhubung kajian dijalankan terhadap sampel air di Sungai Kobat.

Menurut Fuziah, kemungkinan kajian yang dibuat Prof. Dr. Maketab itu tepat berdasarkan kemahiran yang dimilikinya dan kerajaan negeri semestinya memandang serius perkara ini.

“Siapa yang tidak bimbang dan takut apabila mendapat tahu air yang mereka gunakan sehari-hari tercemar dengan logam berat dan boleh memberi ancaman kepada tahap kesihatan mereka,” katanya.

Kelmarin, Prof. Dr. Maketab dalam kenyataannya mendedahkan kira-kira 50,000 penduduk bakal berdepan risiko penyakit genetik, masalah mental, alzheimier dan saraf untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang jika berterusan minum air daripada sumber yang tercemar bauksit

Bagaimanapun, Fuziah berkata, beliau sentiasa tegas dalam perkara ini dan tetap berpendapat keuntungan tidak boleh sama sekali mengambil alih kepentingan rakyat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");