Panasnya Hari Ini

Isu Gantung Jawatan Muhyiddin Akan Diketahui Hari Ini

KUALA LUMPUR:Selepas tindakan pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Julai tahun lalu, kini Tan Sri Muhyiddin Yassin berhadapan pula dengan keputusan berhubung jawatannya dalam Umno yang dijangka akan diketahui pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

Muhyiddin mengalas jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno dilihat semakin goyah apabila beliau dilihat tampil mengkritik secara terbuka pimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Rasak berhubung isu dana RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berhubung tindakan itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Ahli MT berkata, beliau akan mengemukakan usul agar Muhyiddin digantung sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Saya akan bercakap untuk menghadapkan Muhyiddin ke jawatankuasa disiplin parti di atas perbuatan yang tidak menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Umno.

“Saya harap akan dapat sokongan dan kalau beliau dihadapkan ke majlis jawatankuasa disiplin, saya minta hukuman itu ialah jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden digantung,” katanya memetik sumber sinar harian.

Ujarnya semua proses untuk memastikan Muhyiddin dikenakan hukuman adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh parti tersebut.

“Saya akan ikut prosedur. Sebelum hadapkan beliau ke jawatankuasa disiplin, pertamanya perlu ada aduan rasmi. Aduan rasmi saya adalah pada esok (hari ini).

“Kemudiannya mungkin jawatan kuasa disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk beliau membela diri,” katanya.

Tambahnya lagi, MT juga mempunyai kuasa penuh untuk mengetepikan semua prosedur itu dan sama ada MT lain akan menyuarakan usul yang sama juga akan diketahui hari ini.

“Saya tidak tahu. Mungkin ada. Kalau lihat daripada laporan-laporan, kenyataan dikeluarkan, nampaknya ramai bersetuju nak hadapkan Muhyiddin ke jawatankuasa disiplin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");