Panasnya Hari Ini

Isu Pekerja Asing : Ahmad Zahid Gagal Laksanakan Tugas Sebagai Menteri KDN

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) menyarankan supaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri kerana didakwa gagal melaksanakan tugas dalam mengawal kemasukkan pekerja asing di negara ini.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah turut memberi amaran kepada Ahmad Zahid agar tidak menghina belia dengan berkata bahawa golongan itu bersikap malas dan tidak mahu bekerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ (bahaya, susah, kotor).

Tambahnya lagi, ini kerana ramai anak muda sanggup bekerja di luar negara dalam sektor tersebut kerana gaji yang dibayar adalah lebih lumayan berbanding di Malaysia.

“Hari ini ramai belia tidak kira Melayu atau Cina kerja di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji diterima mahal.

“Jadi jangan hina golongan belia, jangan buat cerita dongeng. Rakyat hari ini bukan bodoh,”katanya memetik laporan Free Malaysia Today, hari ini.

Sementara itu, IKHLAS juga menuntut agar Ahmad Zahid turut mendedahkan syarikat-syarikat yang meminta pengambilan pekerja asing itu jika benar-benar telus.

“IKHLAS desak tolong dedahkan syarikat yang memohon pekerja asing sebanyak 1.5 juta, kita nak tahu syarikat, sektor dan kilang mana.

“Kalau betul, tolong dedahkan, syarikat mana? Kita nak tahu,”tegas Ridzuan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan agar anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid supaya tidak ‘membuka mulut’ dalam isu tersebut.

Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurulhidayah itu yang menyatakan bahawa kedatangan 1.5 juta warga Bangladesh tersebut bukan isu besar akan lebih merosakkan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Anak Zahid (Nurulhidayah) baik tutup mulut, duduk diam. Ayah dia seorang politik, jangan rosakkan imej parti. Duduk diam, jangan cakap banyak,”ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");