Panasnya Hari Ini

Isu Pekerja Asing : ‘Kita Tiada Pilihan’ – Khairy

KUALA LUMPUR: “Saya percaya, industri sedemikian juga tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi, justeru, kita tiada pilihan selain terpaksa mengambil pekerja asing,”kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy turut berkata, rakyat di negara ini harus menerima hakikat bahawa masyarakat tempatan, terutamanya golongan belia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor ‘3D’ iaitu ‘Difficult’, ‘Dangerous’ ‘Dirty’.

Jelasnya, ini kerana, gaji yang ditawarkan agak rendah selain bebanan kerja yang berat di dalam beberapa bidang pekerjaan seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Memetik laporan The Rakyat Post, Khairy turut dilaporkan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskan, realitinya bahawa bidang pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini memerlukan pengambilan pekerja asing.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah mencabar agar golongan belia bekerja dalam sektor 3D.

Cabaran tersebut ternyata telah mengundang reaksi pelbagai pihak terutamanya golongan belia.

Baru-baru ini, kerajaan bercadang untuk membawa masuk 1.5 juta warganegara Bangladesh dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");