Panasnya Hari Ini

‘Itu Jelas Boleh Jadi Satu Amaran Untuk Menangkap Saya’– Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO yang baharu, Tan Sri Annuar Musa dilihat seolah-olah memberi amaran kepadanya kerana lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata demikian menerusi catatan terbaharu di blognya, chedet.cc, hari ini.

“Ketua Penerangan yang baharu (Annuar) kata saya melakukan ini (mengkritik Najib) adalah kerana saya mahu untuk ditangkap.

“Itu jelas boleh jadi satu amaran untuk menangkap saya,”katanya.

Terdahulu, Annuar berkata, ‘serangan’ tanpa henti Dr Mahathir yang sering mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan hasutan telah mencetuskan persoalan banyak pihak.

Katanya, ini kerana Tun Mahathir seolah-olah sedang merancang agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas beliau.

“Tindakan boleh diambil ke atas Tun Mahathir sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung kenyataan menghasutnya itu,”kata Annuar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");