Panasnya Hari Ini

Jadikanlah Tun M Seorang Yang Terkecuali Daripada Undang-Undang

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk terus mengkritik kerajaan tanpa sekatan undang-undang.

Ujarnya, Dr Mahathir diberi layanan istimewa dengan menjadikan beliau seorang yang ‘kebal’ undang-undang.

“Berilah ruang Tun Mahathir bercakap. Kalau beliau langgar undang-undang pun spare him lah. Tapi saya tak tahu Tun Mahathir setuju atau tidak untuk menjadikan beliau orang yang terkecuali daripada undang-undang.

“Kalau tanya saya, secara peribadi kalau setakat Tun membebel sana sini, kecualikanlah beliau. Jika terlanggar undang-undang pun…kalau saya ada kuasa, kita jadikanlah beliau seorang yang above the law,” katanya memetik temubual bersama mStar Online hari ini.

Tambahnya lagi jasa Dr Mahathir terhadap dirinya adalah sepanjang hayat yang tidak mungkin dapat dilupakan.

“Saya tidak boleh berlaku biadap terhadap Tun dan secara politik saya boleh berlawan tapi saya tidak boleh biadap,” katanya.

“Tapi jika ingin jadikan saya sebagai alat untuk ‘balun’ Tun, saya tak akan ambil tanggungjawab itu. Kalau Tun buat sesuatu yang saya rasa tak menguntungkan Umno saya akan berterus terang.

“Saya adalah alat untuk parti dan jika Tun lakukan sesuatu yang tidak menguntungkan UMNO dan saya berterus terang terpaksa menjawab,” katanya lagi.

Tambahanya lagi beliau secara peribadi enggan sama sekali jika bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun Annuar menegaskan beliau juga tidak teragak-agak menegur veteran Umno itu sekiranya mendapati beliau terus menerus mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat.

“Saya tak boleh berlaku biadab kepada Tun Mahathir. Tun adalah Umno. Tapi kalau saya beri pandangan yang mungkin berbeza dengan Tun, itu sekadar pandangan.

“Saya terpaksa menjawab. Niat yang baik, belum tentu hasilnya baik. Niatnya baik nak tegur Perdana Menteri, niat baik nak kritik Najib…tapi kalau itu menyebabkan Umno runtuh, maka kita kena tegurlah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");