Panasnya Hari Ini

Jangan Ambil Tindakan Jika Tidak Mempunyai Bukti – Muhyiddin

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi peringatan kepada pihak yang berkenaan untuk tidak mengambil tindakan sekiranya tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.

Peringatan berkenaan ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT).

Tegasnya, beliau tidak takut sekiranya dikenakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mesti mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau melakukan kesalahan.

“Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, beliau bersama dengan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana mahukan kebenaran berhubung sesuatu perkara.

Tambahnya, beliau bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kebenaran harus dicari tanpa perlu takut untuk berhadapan dengan apa sahaja ancaman.

“Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.

“Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");