Isu Panas

Jangan jadikan pelajar tajaan Mara komoditi politik

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini memberi amaran kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa agar tidak menjadikan nasib pelajar-pelajar Melayu atau Bumiputra ini sebagai komoditi politik.

Menurut Rafizi, Annuar perlu ingat banyak lagi masalah pembiayaan pelajar-pelajar yang perlu diselesaikan segera dan bukannya menunggu seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersuara.

“Semakan saya menunjukkan Tan Sri Annuar Musa telah dilantik menjadi Pengerusi Mara sejak 2013 selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Malah, beliau juga adalah Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur sejak tempoh yang sama iaitu dari 2013 lagi.

“Maknanya, sepanjang beliau menjadi Pengerusi Mara dan Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur sejak 2013 beliau tidak mampu menyelesaikan masalah pembiayaan pelajar-pelajar Universiti Kuala Lumpur di bawah pengurusan Mara sendiri sedangkan masalah ini telah wujud sejak tahun 2013 lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun katanya, setelah beliau membangkitkan isu ini, masalah itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua hari.

“Jika peruntukan kewangan dari Mara dapat diputuskan dalam masa dua hari sahaja sejak saya menimbulkan perkara ini, maknanya peruntukan itu wujud selama ini tetapi keputusan tidak diambil.

“Oleh itu, saya akan memulakan kembali siri sidang media menumpukan kepada dua perkara utama melibatkan Mara iaitu maklumat-maklumat lanjut pembelian hartanah Mara di Australia dan dapatan kaji selidik masalah pembiayaan Mara yang saya usahakan,” katanya.

Sebelum ini Mara mengumumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran penajaan bernilai RM264 juta kepada lebih 11,000 pelajarnya yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Mara (Ipma) pada penghujung Februari ini.

Menurut Annuar, kelewatan pembayaran itu disebabkan Mara perlu melakukan pelarasan terhadap pelbagai perkara termasuk urusan tajaan pelajar sedia ada.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");