Panasnya Hari Ini

Jangan Perkecilkan Sumbangan Pekerja Bangladesh – Nazri

KUALA LUMPUR: Sumbangan pekerja asing warga Bangladesh tidak boleh dipandang rendah kerana ada beberapa industri akan lumpuh tanpa kehadiran mereka, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi kita.

“Kita perlukan mereka, maka jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana melakukan kerja yang tidak dikehendaki rakyat Malaysia,”katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini.

Tambah Nazri lagi, rakyat di negara ini tidak perlu terkejut dengan angka tersebut kerana ia merupakan tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara yang memerlukan rakyat mereka dan ianya tidak terhad kepada Malaysia semata-mata.

“Ia tidak bermakna 1.5 juta orang akan datang ke Malaysia. Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk.

“Mereka tak ambil kerja kita pun. Mereka buat kerja yang kita tak mahu lakukan,”katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan bersedia untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini sekiranya Putrajaya bersetuju untuk menandatangani perjanjian persefahaman bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, cadangan itu ternyata disambut dengan reaksi yang kurang menyenangkan daripada rakyat di negara ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun mempertahankan cadangan tersebut kerana dikatakan bahawa rakyat Malaysia kini tidak sanggup untuk bekerja di dalam sektor 3D iaitu merbahaya (dangerous), kotor (dirty) dan sukar (difficult).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");