Panasnya Hari Ini

Jangan Sempit Pemikiran Tentang Ganja- Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi saranan supaya masyarakat membuang sebarang persepsi mengenai ganja yang dikatakan boleh menjadikan seseorang individu itu kuat atau lebih bertenaga.

Ujarnya ia hanya perasaan yang lahir selepas kesan ganja berkenaan  masuk ke dalam tubuh.

“Dari dahulu ada yang kata ganja menjadikan mereka kuat, hisap ganja tambah tenaga dan macam-macam versi mengenai kelebihan ganja.

“Apa yang buat mereka tahan lama atau tambah tenaga itu semuanya dadah. Ganja dan dadah itu sama sahaja. Jangan sempit pemikiran tentang ganja.

“Kajian perubatan juga sudah dibuat. Sesiapa yang menagih ganja boleh merosakkan pemikirannya. Ia adalah bahan yang membuatkan seseorang itu khayal,” katanya memetik laporan awani.

Tegasnya lagi, kekeliruan yang ditimbulkan masyarakat tentang bahan memudaratkan sudah dijelaskan di dalam Al-Quran.

“Sudah terang benda-benda yang boleh merosakkan kesihatan dan minda walaupun diambil dalam jumlah yang kecil adalah haram.

“Ubat-ubat juga jika diambil tanpa preskripsi betul juga akan memudaratkan dan salah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ia tetap akan membawa risiko dalam masa panjang dan menjadikan seseorang itu mengalami kesan sampingan dalam satu tempoh waktu.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail dalam kenyataannya mahukan pihak kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk rakyat menggunakan ganja dan meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Kenyataan itu juga telah mendapat reaksi daripada Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut yang menyifatkan penggunaan ganja sebagai penyelesai masalah tekanan kos sara hidup hanya sekadar jalan singkat semata-mata.

Tegas Nooh, paling penting rakyat perlu sentiasa berkiblatkan Al-Quran dan Al-Sunnah jika mencari ketenangan selepas dibelenggu masalah tekanan hidup.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");