Sukan Hari Ini

Jepun lanyak kita

Kuala Lumpur: Malaysia menerima kekalahan memalukan apabila dilanyak teruk 1-11 oleh Jepun semalam.

Sekali gus menutup peluang skuad futsal negara mara ke suku akhir Kejohanan Futsal AFC di Tashkent, Uzbekistan.

Selepas cemerlang mengekang Australia daripada berkenduri gol pada aksi pertama Khamis lalu, persembahan anak buah Marcelo Serpa agak berbeza apabila gagal memperagakan aksi sama seperti sebelum ini.

Malah, ia kekalahan kedua terburuk pernah dialami pasukan futsal lelaki negara sejak diwujudkan pada 1996 selepas rekod kekalahan terbanyak dibaham Iran 17-0 pada 2002.

Status Jepun yang kini menghuni tempat ke-10 ranking futsal dunia di samping juara bertahan kejohanan nyata meletakkan skuad Samurai Biru itu di kelas tersendiri.

Igauan buruk skuad negara bermula seawal minit ketiga apabila Jepun berjaya merobek gawang Malaysia sebanyak dua kali dalam tempoh itu menerusi sentuhan Tomoki Yoshikawa dan Manabu Takita.

Belumpun sempat barisan negara menyusun semula rentak, Takita menambah jaringan ketiga pada minit ketujuh sebelum Kaoru Morioka (m-13 dan 19), Nobuya Osodo (m-13), Tomoaki Watanabe (m-15), Ryosuke Nishitani (m-16, 19), Henmi Katsutoshi (m-16) dan Yuki Murota (m-40) melengkapkan pesta gol mereka.

Ketika Jepun ghairah membolosi gawang negara, Afif Asyraf berjaya menghadiahkan gol saguhati buat kem negara dalam aksi berat sebelah itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");