Panasnya Hari Ini

Jika Ingin Nikmati Pembangunan Perlu Undi BN

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan jalan dan jambatan bernilai RM20 juta di Parlimen Batu yang menjadi milik pembangkang diteruskan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau mengakui pada mulanya enggan membina jalan dan jambatan tersebut kerana kawasan tersebut dikuasai pembangkang.

Namun bagaimanapun, projek itu diteruskan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin memastikan rakyat hidup dalam keadaaan selesa.

“Kalau ikutkan hati saya pun tidak mahukan projek ini, saya bagi kepada kawasan Barisan Nasional sahajalah.

“Tetapi oleh kerana kerajaan ini (BN), kerajaan yang prihatin dan Perdana Menteri yang ingin melihat rakyat mendapat keselesaan.

“Maka kita bangunkan program yang menelan belanja lebih RM20 juta untuk adakan penyambungan sebelah sana hingga sebelah sini (pembukaan jalan dan jambatan yang menghubungkan Kampung Batu Muda ke Taman Metropolitan),”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Tambah Tengku Adnan lagi, dengan pembukaan jalan dan jambatan tersebut, pengundi di Parlimen tersebut perlu memberi peluang kepada calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang.

Tambahnya lagi, rakyat di parlimen tersebut akan terus mendapat nikmat pembangunan sekiranya memilih Barisan Nasional sebagai Ahli Parlimen.

“Saya harap, berilah peluang kepada calon Barisan Nasional untuk mewakili Batu,”ujarnya.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Tian Chua telah menjadi Ahli Parlimen Batu sejak 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");