Berita Hari Ini

JPJ tubuh skuad elit

Johor Bahru: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan pasukan khas berfungsi membanteras sindiket kenderaan klon dan tonto.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata pasukan berkenaan terdiri daripada 40 pegawai dan anggota elit yang dilatih dalam aspek penyiasatan, mental dan fizikal.

“Ketika ini JPJ mempunyai 25 ahli pasukan khas berkenaan dan akan menjalani latihan tiga minggu. Pasukan elit perlu lebih hebat daripada ahli sindiket termasuk kemahiran menggunakan senjata api, memahami selok belok modus operandi sindiket.

“Pasukan ini akan ditubuhkan secepat mungkin dan selesai menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");