Panasnya Hari Ini

Kaji Cadangan Wujudkan Laluan Haiwan Melintas -Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan melakukan kajian terhadap cadangan untuk mewujudkan laluan bagi haiwan liar melintasi lebuh raya.

Memetik laporan Bernama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kementerian sedia membina laluan berkenaan sekiranya kajian tersebut mendapati bahawa ianya boleh dilaksanakan.

Namun begitu, ia bergantung kepada kedudukan kewangan berikutan kos untuk membina laluan berkenaan dianggarkan berjumlah RM3 juta hingga RM4 juta.

Jelasnya, beliau telah mengadakan mesyuarat bersama beberapa pihak untuk membincangkan tentang persoalan yang berbangkit berkaitan hutan yang mana sekiranya ianya berkurangan, kawasan pergerakkan haiwan juga menjadi terhad.

“Kerajaan pusat melalui Perhilitan telah mengambil keputusan untuk mewujudkan ‘Forest Spine’ sekaligus untuk memastikan wujud koridor-koridor hutan yang bersambung supaya ada laluan untuk haiwan liar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.

Ujarnya, pihak LLM harus melakukan pemantau di pagar sepanjang lebuh raya supaya ianya tidak dibolosi berikutan ianya turut menjadi penyebab kepada kemalangan yang membabitkan hidupan liar.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada pihak yang berwajib untuk tidak mengeluarkan lesen baharu bagi memburu di kawasan hutan berikutan ianya turut memberi kesan kepada sumber makanan hidupan liar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");