Panasnya Hari Ini

KDN Cadang Gubal Undang-Undang Untuk Daftar Penulis Blog

KUALA LUMPUR: Bagi mengekang bahan penulisan yang berunsurkan fitnah dan tidak bertanggungjawab, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Dengan cadangan itu, ianya bertujuan untuk memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan internet, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tambahnya lagi, KDN hanya boleh mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup bagi mengawal penulisan blog yang berunsurkan fitnah dan tidak beretika.

“Jadi KDN hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut,”katanya, lapor BERNAMA.

Tambahnya lagi, banyak negara telah menguatkuasakan pendaftaran tersebut termasuklah Singapura.

Nur Jazlan juga tidak menolak kemungkinan model yang dipakai di negara jiran itu boleh dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");